★//Penghargaan
posted at: Friday, September 6, 2013 | 7:12 PM | 0 Love! | Give me some love?


  Saya bersyukur kepada tuhan dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetepkan dengan baik. Terutama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru ICT saya iaitu Puan Zarina kerana memberi banyak tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
  Seterusnya, saya mengucanpkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Encik Zulfakor bin Mohammad Saffri dan Puan Rosmimi binti Aziz kerana membantu dapat saya menyiapkan kerja kursus ini. Dan mereka telah memberi saya semangat dan dorongan dari segi kesenangan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
  Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya iaitu Nurul Syahirah bin Norazli kerana banyak membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.


★//Pengertian Belajar, Pembelajaran, Pengajaran dan Pendidikan
| 6:16 PM | 0 Love! | Give me some love?


 

1.      BELAJAR
Menurut Slavin dalam Catharina Tri Anni (2004), belajar merupakan proses perolehan kemampuan yang berasal dari pengalaman. Menurut Gagne dalam Catharina Tri Anni (2004), belajar merupakan sebuah sistem yang didalamnya terdapat berbagai unsur yang saling terkait sehingga menghasilkan perubahan perilaku.
Sedangkan menurut Bell-Gredler dalam Udin S. Winataputra (2008) pengertian belajar adalah proses yang dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan aneka ragam competencies, skills, and attitude. Kemampuan (competencies), keterampilan (skills), dan sikap (attitude) tersebut diperoleh secara bertahap dan berkelanjutan mulai dari masa bayi sampai masa tua melalui rangkaian proses belajar sepanjang hayat.
Ciri-ciri belajar adalah : (1) Belajar harus memungkinkan terjadinya perubahan perilaku pada diri individu. Perubahan tersebut tidak hanya pada aspek pengethauan atau kognitif saja tetapi juga meliputi aspek sikap dan nilai (afektif) serta keterampilan (psikomotor); (2) perubahan itu merupakan buah dari pengalaman. Perubahan perilaku yang terjadi pada individu karena adanya interaksi antara dirinya dengan lingkungan . interaksi ini dapat berupa interaksi fisik dan psikis; (3) perubahan  perilaku akibat belajar akan bersifat cukup permanen.

2.  Pembelajaran
Menurut Gagne, Briggs, dan wagner dalam Udin S. Winataputra (2008) pengertian pembelajaran adalah serangkaian kegiatan yang dirancang untuk memungkinkan terjadinya proses belajar pada siswa.
Menurut UU Nomor 20 tahun 2003 tentang Sisdiknas, pembelajaran adalah proses interaksi peserta didik dengan pendidik dan sumber belajar pada suatu lingkingan belajar.
Ciri utama dari pembelajaran adalah inisiasi, fasilitasi, dan peningkatan proses belajar siswa. Sedangkan komponen-komponen dalam pembelajaran adalah tujuan, materi, kegiatan, dan evaluasi pembelajaran

3.  Pengajaran.
Pengajaran adalah kegiatan yang di lakukan guru dalam menyampaikan pengetahuan kepada siswa. Pengajaran juga diartikan sebagai interaksi belajar dan mengajar. Pengajaran berlangsung sebagai suatu proses yang saling mempengaruhi antara guru dan siswa.

4.  Pendidikan
Usaha sadar dan terencana untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar peserta didik secara aktif mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, kepribadian, kecerdasan, akhlak mulia, serta ketrampilan yang diperlukan dirinya, masyarakat bangsa dan negara.

5. Persamaan antara pendidikan, pembelajaran dan pengajaran
Semuanya akan dapat mencapai tujuan jika pembelajran bermakna dengan pengajaran yang tepat. Sebaliknya tidak akan mencapai tujuan jika pembelajaran tidak bermakna dengan pengajaran yang tidak tepat.

★//Pengenalan Tentang Kaum Iban
posted at: Sunday, September 1, 2013 | 7:46 AM | 0 Love! | Give me some love?



 Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut .Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

★//Tarian Ngajat Iban dan Mengiluk
| 7:04 AM | 0 Love! | Give me some love?
★//Makanan Tradisi Kaum Iban
posted at: Friday, August 16, 2013 | 6:35 PM | 0 Love! | Give me some love?


Hinavi


Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan kaum Iban di Sarawak.Makanan ini selalunya disajikan semasa Hari Gawai.






Pekasam Ensabi

Jeruk  atau  pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari.



Ayam Pansuh

AYAM PANSUH . Salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas dan Hari Gawai. Ayam di masak dalam buluh. Sedap wo!


★//Tarian Tradisional Kaum Iban
| 7:59 AM | 0 Love! | Give me some love?


Tarian Ngajat

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian Datun Julud

Tarian dari Sarawak ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia merupakan tari bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini ialah Sape. Dalam tarian ini bulu-bulu burung dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari sebagai perhiasan. Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.

★//Bahasa Orang Iban
| 7:21 AM | 0 Love! | Give me some love?


Bahasa Iban dituturkan di Kalimantan (Indonesia bahagian Borneo) dan negeri serantau Sarawak dari Malaysia oleh Suku Iban, sebuah rumpun etnik kumpulan Dayak (dahulu dikenali sebagai "Dayak Laut"). Ia tergolong kepada rumpun Melayu-Polinesia darikeluarga bahasa Austronesia, dan rapat berhubung dengan Bahasa Melayu.

Owner's log

Hello Sweetie! you came to my blog!
The place where I keep my memories
I hope you enjoy the journey through my adventures and do not leave without comment!
Follow + Dashboard
: See you soon...~!

April (4)월 2013 년

S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30

>>Tumblr.★


The Past...

Fly to love!

Thanks To!//☆

Credit to: Cikgu Zarina
Jom Main!/div>